Assalamualaikum....
Syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya, kita masih mampu menikmati kehidupan dari sehari ke sehari. Seperti yang dipaparkan dalam iklan diatas, pihak Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) dalam usaha melakukan penambahbaikan terhadap bumbung asrama muslimat (Perempuan) yang sudah uzur. Kerja-kerja menukar struktur bumbung asrama tersebut dijangka menelan kos sekitar RM120,000.00.
Kami juga sedang berusaha untuk memperbaiki laluan di sekitar MTT dengan menggantikan jalan sedia ada batu gajah bagi memberi lebih keselesaan kepada komuniti setempat yang hadir untuk mengikuti program di MTT atau menunaikan solat di Masjid Jamek Tok Jiring yang terletak belakang bangunan utama MTT.
Beberapa lagi projek-projek lain yang memerlukan sokongan dari para dermawan yang budiman adalah : 1. Pembinaan BLOK PENTADBIRAN & ICT dan MARKAZ TAHFIZ OKU PENGLIHATAN dengan anggaran belanja RM1.8 JUTA 2. Set laptop dan LCD untuk kelengkapan bilik tayangan dan kelas TAHFIZ ELIT ~ RM10,000.00 3. Pusat Komuniti Pelajar - RM10,000.00
Lapangan kebajikan yang sentiasa luas terbuka bagi membantu meningkatkan SISTEM PENDIDIKAN ISLAM yang diterapkan di MTT. Sumbangan dari para dermawan boleh disalurkan melalui : MAYBANK : 5630 6412 7667 atas nama Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah CIMB : 8602 1544 84
PERTANYAAN, SILA HUBUNGI : Cikgu Abdullah Embong (Ketua jabatan Fisabilillah) : 013-989 8267 Encik Che Mohd Firdaus Abdullah Setiausaha Jabatan Fisabilillah) : 019 911 8372
Semoga Allah memberi kemudahan dalam urusan kita sehari-hari dan memberi kerahmatan dalam kehidupan kita semua. InsyaAllah....
"Saat-saat akhir kematiannya, Allayarham sedang merancang mewujudkan bangunan tahfiz kepada OKU Penglihatan berdekatan dengan MTTDI, Tok Jiring" ~ To' Puan Zaitun.
Sebarang Seumbangan Boleh Disalurkan ke :
MAYBANK: 5630 6412 7667 atas nama MAAHAD TAHFIZ WAL TARBIYYAH
Sebarang pertanyaan sila rujuk :
Cikgu Abdullah Embong
013 9898267
abdi_em@yahoo.com
http://fisabilillahmtt.com/
http://mttdaruliman.edu.my/
Alhamdulillah.. Syukur dan jutaaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang senantiasa memberi sokongan terhadap aspirasi dan usaha kami dalam memperjuangkan bidang PENGAJIAN TAHFIZ & AKADEMIK demi untuk melahirkan golongan intelektual huffaz untuk masa akan datang.
Didikan dan tarbiyyah dari peringkat persekolahan ini secara tidak langsung akan melahirkan tenaga kerja professional yang berdaya saing dan menjadikan agama Islam dan al-Quran sebagai pegangan dalam kehidupan mereka sebagai seorang pekerja dan sebagai seorang insan, hamba Allah dimuka bumi ini.
Kami di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah sedang mengumpul dana, sumbangan dan tajaan dari saudara/i yang budiman dalam meneruskan beberapa projek yang telah dirancangkan beberapa tahun kebelakangan ini iaitu :
1. Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan - Buta. 2. Bangunan Pentadbiran dan ICT MTT 3. Pembelian Tanah Untuk Markaz Dakwah.
Majlis Pecah Tanah bagi Markaz Tahfiz OKU Penglihatan telah dijalankan pada 14 Julai 2014 yang lalu bersamaan 12 Ramadhan 1435H. Manakala Majlis Pecah Tanah Bangunan Pentadbiran pula telah dibuat setahun yang lalu bertarikh 1 Ramadhan 1434H.
Tuan/Puan boleh menyalurkan sumbangan ke : Bersama kita mengejar ganjaran dari Allah s.w.t dengan sedekah dan jariah yang kita lakukan.
Pengertian WakafWakaf adalah berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai. Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah. Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanah, bangunan, rumah dan juga wang tunai. Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam. Para fuqaha' berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan hingga ke hari akhirat. Sejarah WakafPerintis amalan wakaf dalam Islam adalah dipraktikkan oleh Baginda Rasullullah S.A.W apabila Baginda membina masjid Quba' yang dibina di atas tanah yang diwakafkannya ketika penghijrahan Baginda dan para sahabat ke Madinah. Begitu juga dengan pembinaan Masjid Nabawi di Madinah yang juga dibina dengan sumber wakaf. Amalan wakaf telah hidup subur dan diteruskan oleh para sahabat dan tabiin yang banyak mewakafkan harta untuk kepentingan dan pengembangan syiar Islam ketika itu. Ringkasnya semangat dan keyakinan masyarakat Arab ketika itu terhadap mekanisme wakaf dalam membantu membangunkan syiar Islam amat menggalakkan dan sesetengah kenyataan menyatakan bahawa telah menjadi tradisi masyarakat Arab akan mewakafkan 1/3 hartanya sebelum meninggal dunia. Fakta sejarah telah menyatakan bahawa 3/4 daripada keluasan tanah Arab merupakan tanah wakaf. Model institusi wakaf yang paling berjaya adalah wakaf Al-Azhar di Negara Mesir di mana ianya dikendalikan oleh sebuah kementerian khas yang dinamakan Kementerian Wakaf. Wakaf Al-Azhar dipercayai mempunyai aset yang banyak sehingga ia mampu membiayai pelbagai program untuk pembangunan masyarakat Islam di Mesir seperti sekolah, hospital, universiti dan sebagainya. universiti Al-Azhar adalah satu institusi pendidikan Islam yang dibiayai sepenuhnya melalui sumber wakaf yang mempunyai puluhan ribu pelajar dari seluruh dunia. Bagi masyarakat Islam di Malaysia amalan wakaf telah lama dipraktikkan dan menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat Melayu khususnya sebelum kedatangan penjajahan barat. Sebelum tahun 1950-an kebanyakan harta wakaf adalah untuk tujuan pembangunan institusi keagamaan seperti pembinaan surau, masjid, madrasah, kubur dan sekolah agama. Hal-ehwal pengurusannya pula ketika itu ditadbir oleh cerdik pandai Islam dan pemimpin masyarakat seperti imam, ketua kampung, lebai, kiyai dan ulama'. Di Negeri-negeri Utara dan Pantai Timur banyak madrasah dan ma'had tahfiz yang dibina melalui sumber wakaf dan kebanyakan masjid dan surau di kampung-kampung pada masa dahulu adalah dibina di atas tanah yang diwakaf oleh individu.
Kelebihan BerwakafWakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.
Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ Mafhumnya :- “ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”. ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 ) Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. Maksudnya :- “ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya. ( Hadis Riwayat Muslim )
Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud: Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa. Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:
Sesungguhnya orang yang berwakaf tidak akan jatuh miskin dan InshaAllah akan dimurahkan rezeki di dunia dan kaya di akhirat. Surah Faathir, Ayat 29
|