Subhanallah.. Alhamdulillah… Allahuakbar…
Salam sahabat sekalian
Semoga setiap usaha dan perit jerih kita dalam mencari rezeki sentiasa diberkati Allah SWT. Begitu juga dalam kita menjalani kehidupan seharian sebagai seorang muslim terutamanya agar kita sentiasa berada dalam lindunganNya. Dan tidak lupa untuk sama-sama panjatkan puji dan syukur diatas setiap nikmat yang dikurniakan. Semoga kita semua dilindungi dari sifat-sifat mazmumah, dan tidak leka dengan kemewahan yang dikurniakan.
Masih terkesan dengn ujian yang dialami oleh anak-anak dan guru tahfiz dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, keramat tempoh hari, kami sebagai sebuah institusi pendidikan tahfiz juga merasa kesan daripada pasca kejadian tersebut. Selaras dengan cadangan dan syor Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kerja Raya, maka Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman mengambil langkah ke hadapan dengan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih asrama putera dan puteri disini.
Proses naik taraf ini memberi keutamaan kepada beberapa aspek yang dicadangkan dan merujuk kepada nasihat dan syor bersama dari pihak berkenaan ketika lawatan mereka ke pusat tahfiz kami serta sesi taklimat yang dijalankan baru-baru ini di Wakaf Tapai, Marang.
Namun begitu, faktor kewangan masih menjadi kekangan kepada kelestarian cita-cita murni ini dalam membantu melahirkan generasi huffaz masa hadapan.
Justeru, kami dengan berbesar hati ingin mempersilakan para dermawan sekalian untuk bersama-sama membantu kami merealisasikan impian program pembangunan ini yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM100,000.00 (Satu Ratus Ribu Ringgit Malaysia).
Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun :
MAYBANK : 5630 6412 7667
MAYBANK : 5630 1924 6308
CIMB : 8602 1544 84
MUAMALAT : 1301 0002 8297 10
Atas nama Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah D.I
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cikgu Abdullah Embong, selaku Ketua Jabatan Fi Sabilillah MTT:
Telefon : 014-212 4909
Email : abdi_em@yahoo.com
Pejabat : 09-667 0102
Semoga usaha kecil dari kita semua mendapat redha & barakah dari Allah SWT dan pemberat timbangan di akhirat kelak. Semoga tuan puan yang menderma sentiasa berada dalam peliharaan Allah swt, limpahan rezeki yang berterusan penuh barokah serta beroleh kebahagian di dunia dan di akhirat…
Wassalam.
http://mttdaruliman.edu.my/
https://facebook.com/mttdaruliman
https://instagram.com/mttdaruliman.edu.my
